Jenis-jenis Burung Kenari

on Senin, 17 Oktober 2011

Kenari Norwich

Penenun - penenun bangsa Flam yang memelihara burung ini pernah melarikan diri ke Inggeris, untuk mengelakkan serangan bangsa Spanyol. Mereka tinggal di wilayah Norwich di Norflok (Inggeris). Burung kenari norwich dewasa ini merupakan burung kenari yang menarik. Burung ini mempunyai kelompok bulu yang tebal dan mempunyai bentuk yang serba "bulat". Dengan dada bidang, punggung pendek lebar, sayap pendek dan ekor pendek, serta paruh juga pendek. Kebanyakkan burung ini yang memiliki warna hijau yang menarik. Burung ini jarang yang berwarna putih. Panjangnya antara 1516 cm.
 
 
 Kenari Cinnamon

 Burung Cinnamon dewasa ini mempunyai kesamaan dengan kenari Norwich dan tergolong dalam golongan burung yang menarik. Burung ini mempunyai kelompok bulu yang tebal dan mempunyai bentuk yang serba "bulat". Dengan dada bidang, punggung pendek lebar, sayap pendek dan ekor pendek, serta paruh juga pendek. Kebanyakkan burung ini memiliki warna hijau yang menarik. Burung ini jarang yang berwarna putih. Panjangnya antara 1516 cm
 
Kenari Border
 
Burung kenari border merupakan burung kenari yang paling popular. Burung ini berasal dan jenis cumberland fancy, dan berasal dari sempadan (border) antara lnggeris dan Scotland. Burung ini berbentuk serba "bulat" dilihat dan sudut mana saja. Burung kenari border ini boleh mencapai panjang 14 cm.
 
 Kenari Lancashire

Kenari ini adalah jenis kenari yang terbesar di Inggeris. Kenari spesis ini amat sukar didapati masa kini. Burung ini lebih banyak didapati dalam keadaan kacukan dengan burung kenari lain yang menghasilkan burung kenari yang lebih besar. Jenis ini ada yang memiliki mahkota atau jambul yang di sebut lancashire coppy, dan ada pula yang kepalanya berbentuk bulat yang disebut lancashire plain head.

 Kenari Gloster

Kenari Gloster merupakan kenari yang kecil, dengan panjang badan tak lebih dari 11cm. Kenari Gloster memiliki warna kuning dengan bahagian sayap putih atau kehijau-hijauan, sama seperti bagian ekornya. Pada kepala burung kenari gloster terdapat jambul, tetapi ada juga yang tidak. Burung dengan kepala polos dikenal dengan nama consort.
 
 
Kenari London Fancy
 
 
Kenari jenis ini  telah pupus,  sukar untuk diketahui asal-usulnya. Burung ini sangat cantik. Bulunya berwarna keemasan yang dihiasi dengan sayap dan ekornya berwarna hitam, yang menampakkan perbezaan yang begitu ketara. Ini merupakan jenis kenari Inggeris yang tertua, dan berbintik hitam.
 
 
Kenari Fife Fancy

 
Burung kenari ini merupakan baka burung  yang baru  ditemui. Burung ini mempunyai bentuk seperti kenari london fancy, hanya saiznya kecil, dengan bulu sayap dan ekor berwarna putih. Burung fife fancy ini sebenarnya burung border tetapi ukuran badannya lebih kecil.  Ukuran burung ini tidak lebih daripada 11 cm. Burung ini  mudah dibiakkan dengan variasi bulu pelbagai.

Terima Kasih sudah berkunjung di Blog saya
Please Klik Tombol Suka/Like Di Atas Ini,Thanks



{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar

Next previous home
cbox